LCS Maharaja Lela Dijangka Ditauliah pada 2021

LCS Maharaja Lela Dijangka Ditauliah pada 2021 - Hallo sahabat Atlas Military, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LCS Maharaja Lela Dijangka Ditauliah pada 2021, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel ANGKATAN LAUT, Artikel Fregat, Artikel Industri Pertahanan, Artikel MALAYSIA, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LCS Maharaja Lela Dijangka Ditauliah pada 2021
link : LCS Maharaja Lela Dijangka Ditauliah pada 2021

Baca juga


LCS Maharaja Lela Dijangka Ditauliah pada 2021

20 April 2019


KD Maharajalela 2501 (photo : NST)

KUALA LUMPUR : Kapal tempur pesisir pantai (LCS) pertama milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), LCS Maharaja Lela dijangka ditauliahkan pada 2021, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany.

“Lagi dua tahun, yang lain akan diterima dan ditauliahkan secara berperingkat selepas itu,“ katanya ketika ditanya berkenaan perkembangan LCS selepas menghadiri program Derma Darah sempena sambutan Hari TLDM Ke-85 di Kem Kementah di sini, hari ini.

Pada 31 Oktober lalu, media melaporkan penyerahan LCS pertama milik TLDM yang dijadualkan tahun ini ditangguhkan susulan pembinanya, Boustead Naval Shipyard (BNS) masih menunggu komponen penting daripada sebuah syarikat di Amerika Syarikat dan ia dijangka tiba pada penghujung tahun ini.

Ini sekali gus mengakibatkan kapal berkenaan tidak dapat terlibat dalam Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 baru-baru ini.

TLDM sebelum ini dilaporkan akan menerima enam LCS secara berperingkat mulai pertengahan tahun ini.

LCS dibina dengan keupayaan peperangan empat dimensi bagi mengatasi ancaman elektronik, udara, darat dan air serta dilengkapi sistem pengurusan peperangan terkini dan mampu menampung sehingga 118 anak kapal selain sebuah helikopter dan pasukan khas.

Mengulas mengenai program derma darah yang dilakukan setiap tahun itu, beliau berkata ia merupakan tanggungjawab sosial TLDM kepada masyarakat.

“Pada tahun lalu, di sini sahaja (Kuala Lumpur) 350 orang penderma dan tahun ini kita jangka cuba mengatasi bilangan tersebut, harap melebihi daripada 400 penderma,” kata Mohd Reza.

Beliau berkata program berkenaan turut berlangsung di pangkalan TLDM yang lain antaranya di Lumut, Kuantan dan Kota Kinabalu.

(Selangor Kini)


Demikianlah Artikel LCS Maharaja Lela Dijangka Ditauliah pada 2021

Sekianlah artikel LCS Maharaja Lela Dijangka Ditauliah pada 2021 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LCS Maharaja Lela Dijangka Ditauliah pada 2021 dengan alamat link https://atlasmilitary.blogspot.com/2019/04/lcs-maharaja-lela-dijangka-ditauliah.html

0 Response to "LCS Maharaja Lela Dijangka Ditauliah pada 2021"

Post a Comment